Friday, July 4, 2014

MADU KELULUT HUTAN PALAS


65 Kg Hutan Palas
06100 Kodiang 
Kedah Darul Aman
(Belakang Maktab Pengajian Islam Kedah Kodiang)

Madu Kelulut Hutan Palas diambil sempena nama Kampung Hutan Palas Kodiang Kedah. Anda boleh datang dan lihat sendiri lebah kelulut yang diternak. Jika dahulu kita susah nak dapatkan madu kelulut tetapi sekarang dengan ada teknik yang betul kita dapat mengambil madu dengan mudah. 

Keistimewaan Madu Kelulut Hutan Palas ialah diternak di bawah pokok herba dan persekitarannya juga dikelilingi tumbuhan lain dan berhampiran Bukit Keplu. Datang dan rasai sendiri keaslian dan kesegaran Madu Kelulut Hutan Palas.


                                                                          RM40.00
           Hubungi: Ahmad @ Mad Ku Hamid - 0125575980 


Harga yang dijual ini berpatutan dengan kualiti madu ini. Janganlah dipandang pada kuantiti utamakan kualiti. Datang dan nikmati madu kelulut asli. Lihatlah juga Kebun Kelulut Hutan Palas yang dinaungi Taman Pokok Herba. Ini merupakan antara sebab dapat  menghasilkan madu yang berkualiti tinggi dan berkhasiat untuk kesihatan kita.

Berdasarkan kelainan Taman kelulut ini, tidak keterlaluan jika dikatakan di sini rasa madunya juga berbeza dengan madu kelulut yang dihasilkan oleh penternak di tempat lain. Jadi anda patut mencubanya dahulu dan rasai kesan dari segi kesihatan anda. Insyaallah mampu mengubati penyakit yang anda hidapi.  
 RM40.00
 Hubungi: Ahmad @ Mad Ku Hamid 0125575980 
Kelulut merupakan lebah yang kretif . Anda nilai sendiri berdasarkan sarang kelulut di bawah dan apa yang ada di dalam kotak yang dipasang di atas batang kayu sarang kelulut.



Gambar di atas ialah sarang kelulut yang dipenuhi uncang madu. Dari uncang madu yang berbentuk bulat itu terkandung madu. Setiap spesis kelulut tidak sama sarangnya. Sarang di atas merupakan spesis Itama. Berikut lihat pula sarang spesis Thuracica.