Friday, July 4, 2014

MADU KELULUT HUTAN PALAS


65 Kg Hutan Palas
06100 Kodiang 
Kedah Darul Aman
(Belakang Maktab Pengajian Islam Kedah Kodiang)

Madu Kelulut Hutan Palas diambil sempena nama Kampung Hutan Palas Kodiang Kedah. Anda boleh datang dan lihat sendiri lebah kelulut yang diternak. Jika dahulu kita susah nak dapatkan madu kelulut tetapi sekarang dengan ada teknik yang betul kita dapat mengambil madu dengan mudah. 

Keistimewaan Madu Kelulut Hutan Palas ialah diternak di bawah pokok herba dan persekitarannya juga dikelilingi tumbuhan lain dan berhampiran Bukit Keplu. Datang dan rasai sendiri keaslian dan kesegaran Madu Kelulut Hutan Palas.


                                                                          RM40.00
           Hubungi: Ahmad @ Mad Ku Hamid - 0125575980 


Harga yang dijual ini berpatutan dengan kualiti madu ini. Janganlah dipandang pada kuantiti utamakan kualiti. Datang dan nikmati madu kelulut asli. Lihatlah juga Kebun Kelulut Hutan Palas yang dinaungi Taman Pokok Herba. Ini merupakan antara sebab dapat  menghasilkan madu yang berkualiti tinggi dan berkhasiat untuk kesihatan kita.

Berdasarkan kelainan Taman kelulut ini, tidak keterlaluan jika dikatakan di sini rasa madunya juga berbeza dengan madu kelulut yang dihasilkan oleh penternak di tempat lain. Jadi anda patut mencubanya dahulu dan rasai kesan dari segi kesihatan anda. Insyaallah mampu mengubati penyakit yang anda hidapi.  
 RM40.00
 Hubungi: Ahmad @ Mad Ku Hamid 0125575980 
Kelulut merupakan lebah yang kretif . Anda nilai sendiri berdasarkan sarang kelulut di bawah dan apa yang ada di dalam kotak yang dipasang di atas batang kayu sarang kelulut.



Gambar di atas ialah sarang kelulut yang dipenuhi uncang madu. Dari uncang madu yang berbentuk bulat itu terkandung madu. Setiap spesis kelulut tidak sama sarangnya. Sarang di atas merupakan spesis Itama. Berikut lihat pula sarang spesis Thuracica.



Disebalik keunikan sarang kelulut ini sudah tentu mempunyai kelebihan tersendiri terutama menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang. Oleh itu anda patut cuba minum madu kelulut dengan harga yang pasti berbaloi dengan RM anda.
 
Keunikan pintu masuk sarang kelulut
 


 

Keunikan ini dinikmati bersama kesedaran betapa indahnya ciptaan Allah Subhanahuwataala. Datang dan lihat sendiri. Gambar ini semuanya diambil di kebun kelulut Hutan Palas. Bukan ciplak gambar dari laman web lain.Original seperti madunya juga. Jangan ragu-ragu untuk membeli satu botol Madu Kelulut Hutan Palas anugerah Allah untuk manusia.


  RM40.00
 Hubungi: Ahmad @ Mad Ku Hamid - 0125575980 


 KHASIAT MADU 

Laporan Berita Utama TV3 pada 15 Januari 2011 – Madu Kelulut Mempunyai Khasiat Tinggi dan Kesan Berganda!

Antara maklumat yang dilaporkan oleh Berita Utama TV3 ialah;
1. Kajian menunjukkan 150 spesis trigona di seluruh dunia.
2. Antara kelulut yang porpular adalah lebah kelulut jenis Trigona laeviceps, Trigona apicalis, dan Trigona itama
3. Madu kelulut dikatakan sangat berguna dalam terutamanya dalam bidang perubatan dan kesihatan.
4. Malah ada penyakit dikatakan sembuh dengan menggunakan rawatan tradisional menggunakan propolis kelulut antaranya:
  • Diabetis mellitus (Kencing Manis)
  • Strok
  • Hepatitis (Hati)
  • Kanser
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
  • Batu karang

 

5. Selain daripada madu terdapat 2 lagi hasilan lebah kelulut iaitu bee bread/ roti lebah yang merupakan campuran pollen (debunga) dengan madu dan propolis yang dihasilkan daripada getah tanaman dicampur dengan cara khusus yang mempunyai khasiat perubatan.


6. Kajian daripada MARDI menunjukkan madu lebah kelulut mempunyai kadar antioksida yang tinggi dan kaya dengan antibiotik semulajadi.


7. Perbandingan dengan madu lebah biasa, madu kelulut lebih 2 kali ganda terutamanya untuk tenaga. Iaitu 20 gram madu lebah menyamai 10gram madu kelulut.



 

Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.


Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.



Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.


Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu. Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

   

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah   kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak. Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya. Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
Kanak-kanak membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat. Untuk pelajar rendah, menengah, universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif berdaya saing. Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.

KHASIAT MADU MENURUT ISLAM 

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". 


Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;


Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


a. Penyembuh Yang Mujarab


“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah



Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.





Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.




c. Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria


Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan  aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;


Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”



Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:

  • Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.
  • Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika.
  • Beta Karoten
  • Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah:
  • Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
  • Membantu melawaskan sistem pencernaan
  • Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
  • Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
  • Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
  • Mengurangkan parut
  • Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.
Oleh itu setiap orang perlu minum madu untuk kesihatan yang baik. Jadi tempahlah Madu Kelulut Hutan Palas yang pasti ORI
 RM40.00
 Hubungi: Ahmad @ Mad Ku Hamid - 0125575980 

Kunjungan anda ke Taman Kelulut Hutan Palas amat dialu-alukan, supaya pengunjung dapat lihat sendiri lebah kelulut dan sarangnya yang diternak. Seterusnya mencuba rasa asli Madu Kelulut Hutan Palas. Dijamin ori.


No comments:

Post a Comment