Laporan Berita Utama TV3 pada
15 Januari 2011 – Madu
Kelulut Mempunyai Khasiat Tinggi dan Kesan Berganda!
Antara
maklumat yang dilaporkan
oleh Berita Utama TV3 ialah;
1.
Kajian menunjukkan 150
spesis trigona di seluruh dunia.
2.
Antara kelulut yang
porpular adalah lebah kelulut jenis Trigona laeviceps, Trigona apicalis, dan Trigona itama
3. Madu kelulut dikatakan sangat berguna dalam terutamanya dalam
bidang perubatan
dan kesihatan.
4. Malah ada penyakit
dikatakan sembuh dengan menggunakan rawatan tradisional
menggunakan propolis kelulut antaranya:
- Diabetis mellitus (Kencing Manis)
- Strok
- Hepatitis (Hati)
- Kanser
- Hipertensi (Darah Tinggi)
- Batu karang
5.
Selain daripada madu terdapat 2 lagi hasilan lebah kelulut iaitu bee bread/ roti lebah yang
merupakan campuran pollen
(debunga) dengan madu dan
propolis yang dihasilkan daripada getah tanaman dicampur dengan
cara khusus yang mempunyai khasiat perubatan.
6.
Kajian daripada MARDI menunjukkan madu lebah kelulut mempunyai kadar antioksida yang tinggi
dan kaya dengan
antibiotik semulajadi.
7.
Perbandingan dengan madu
lebah biasa, madu
kelulut lebih 2 kali ganda terutamanya untuk tenaga. Iaitu 20 gram
madu lebah menyamai 10gram madu kelulut.
Kelulut merupakan antara spesies
lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan
berbanding lebah madu biasa. Lebah kelulut merupakan agen penting untuk
proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian
tertentu dunia.
Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies
lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona
apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.
Antara negara yang dikenal pasti
mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis),
Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies)
dan di Malaysia.
Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat
kompleks berbanding dengan lebah madu. Senibina sarang lebah kelulut juga
berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang
di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di
celah-celah belahan batu
Sikap
tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki
perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk
diternak. Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut
jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk
mengkajinya. Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi
pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
Kanak-kanak
membesar dengan pertumbuhan akal yang cerdas, pintar serta sihat. Untuk pelajar
rendah, menengah, universiti supaya dapat menerima pelajaran dengan baik, aktif
berdaya saing. Untuk orang dewasa, lanjut usia, mengekalkan ingatan, elak lupa
serta nyanyuk. Baik untuk penyakit mental, sakit kepala dan seumpamanya.
RM40.00
Hubungi: Ahmad@ Mad Ku Hamid - 0125575980
KHASIAT MADU MENURUT ISLAM
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan
dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya
dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati
dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai
ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali, beliau berkata:
"Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia
dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq,
beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq,
beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu
dan membaca Al-Quran".
Dalam sejarah Islam fakta Madu yang
amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui
perintah Allah Subhanahu Wata'ala kepada lebah;
Kemudian makanlah dari segala jenis
bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan
peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu
keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang
mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya
pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang
yang mahu berfikir.
a. Penyembuh Yang Mujarab
“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua
penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah
Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat
kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh
meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.
Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu
gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga
segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk
mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen
dapat dibawa ke otak.
c. Antioksida
& Menghenti Serangan Bakteria
Sungguh menarik, Madu boleh menjadi
antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan
luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh
menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang
jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam;
Dari Abu Hurairah, kata beliau:
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat
Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan
yang besar.”
Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:
- Vitamin - A,
B1, B2, B3, C, D, E dan K.
- Garam Galian
- Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium,
Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika.
- Beta Karoten
- Gula -
Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.
Antara manfaat Madu yang lain ialah: