Wednesday, June 11, 2014

ASID FENOLIK MADU KELULUT

BuletinTeknologiMARDI,
Bil.1(2012):00–00

Asid fenolik bebas dalam madu kelulut
(Free phenolic acids in kelulut honey)
Suri Roowi, Aisyah Mohamad, Hamdan Sipon, Mohd. Fahimee
Jaafar, Mohd. Nazrul Hisham Daud dan Rosnah Othman



Madu kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut iaitu 
sejenis lebah yang bersaiz kecil. Biasanya lebah 
kelulut akan membina sarangnya di akar-akar atau 
tunggul pokok di permukaan tanah.Warna madu 
kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding
madu lebah dan mempunyai rasa masam-masam 
manis. Kuantiti madu yang diperoleh daripada 
penuaian setiap sarang juga lebih rendah 
berbanding dengan sarang lebah biasa. 

Asid fenolik, hidroksi-sinamat dan stilben adalah 
contoh bahan fenolik yang biasa dijumpai di dalam
tumbuhan dan makanan manusia. Asid fenolik 
menyumbang satu per tiga daripada keseluruhan
bahan fenolik di dalam makanan. Secara umumnya, 
bahan ini boleh dibahagikan kepada dua kelas 
iaitu asid hidroksi benzoik dan asid hidroksi 
sinamik. Asid fenolik di dalam tumbuhan boleh 
wujud dalam bentuk bebas atau terikat. Kuantiti 
asid fenolik terikat lebih tinggi berbanding
dengan asid fenolik bebas. Walau bagaimanapun, 
asid fenolik bebas lebih mudah diserap dalam 
tubuh manusia. Asid fenolik juga boleh bertindak 
sebagai bahan antikanser, asma dan antitumor.  

Pengekstrakan, pemisahan dan pembentukan 
bahan terbitan trimetil-sil asid fenolik dalam 
madu kelulut telah dibangunkan menggunakan 
kajian sebelum iniTerdapat tujuh jenis bahan  
fenolik bebas dikenal pasti dalam  madu kelulut
Asid hidroksiropionik ialah bahan yang utama. 
Ini diikuti dengan asid  protokatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik.Kehadiran pelbagai  jenis 
asid fenolik dalam madu kelulut mungkin 
menunjukkan madu ini  mempunyai pelbagai 
khasiat. Asid p-koumarik contohnya, mempunyai 
aktiviti antioksidan yang tertinggi diikuti 
dengan asidprotokaechuik dan seterusnya asid  
vanilik. Asid p-koumarik dipercayai boleh
mengurangkan risiko kanser perut dengan 
mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen). 

Asid fenilpropionik iaitu sejenis bahan utama madu 
kelulut mungkin boleh mengurangkan enzim
cyclooxygenase-2 (COX-2).Enzim COX-2 memainkan 
peranan penting untuk pembentukan radang semasa 
perkembangan kanser usus besar. Bahan ini juga 
efektif dalam menurunkan tahap kolesterol dalam 
plasma dan hatiserta trigliserida dalam darah. 

Secara kesimpulannya, madu kelulut mengandungi
pelbagai jenis bahan berkhasiat yang mungkin 
dapat memberikan kebaikan kepada penggunanya.
Ringkasan Analisis ekstrak madu kelulut yang 
dilakukan menggunakan alat kromatografi gas 
spektrometer jisim (GCMS) menunjukkan kehadiran 
pelbagai jenis asidfenolik (bahan antioksi dan 
ringkas). Antara bahan yang telah dikenalpasti ialah
asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 
4-hidroksibenzoik, asid4-hidroksifenil asetik, 
asid vanilik,  asid protokatechuik dan asid 
p-koumarik.
Kajian sebelum ini menunjukkan asid fenolik 
mempunyai pelbagai khasiat seperti 
merendahkan paras kolesterol dalam darah, 
antioksidan dan antikanser.

No comments:

Post a Comment